BAHAYA KOLESTROL

Bercakap tentang kolesterol, ramai yang akan menganggap hanya mereka berbadan gemuk atau berisi sahaja berdepan dengan masalah ini Menurut pakar diet tanggapan itu sebenarnya memang salah berikutan kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang Justeru itu, tidak pelik jika seorang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol yang tinggi BAHAYA ‘MENCINTAI’ KOLESTEROL Meskipun masalah kolesterol tinggi bukanlah dianggap penyakit namun ia tetap bahaya kerana paras kolesterol yang tinggi mampu memberi komplikasi yang digeruni antaranya:- Meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok . Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti PUNCA KOLESTEROL TINGGI Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan kita. Hepar...